Fiza Elite : 'Jodoh Kami Sampai di Sini Sahaja' Fiza Elite : 'Jodoh Kami Sampai di Sini Sahaja'

Fiza Elite : 'Jodoh Kami Sampai di Sini Sahaja'

Oleh

Rumah tangga pasangan pelakon Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza Elite bersama penyanyi, Mohd Aizam Mat Saman (Adam AF) menemui noktah apabila pasang ini sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.


Fiza, 33 berkata jodoh perkahwinan kami tidak panjang dan biarlah hanya kami berdua sahaja yang mengetahui apa punca serta masalah yang kami hadapi.

"Jodoh kami tidak panjang itu sahaja yang boleh saya katakan disini dan biarlah hanya saya dan Adam sahaja yang tahu apa masalah dalaman yang kami ada.

"Sebentar tadi juga pihak tuan hakim telah membuat keputusan dan inilah keputusannya," katanya kepada pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.

Dengan nada sebak, Fiza berkata tiada orang yang mahukan penceraian selepas membina rumah tangga dan mengharapkan orang ramai hormati dengan keputusan telah dibuat.

"Tidak semua orang mahukan penceraian tapi ini adalah jalan kami yang terakhir. Saya harap semua orang doakan yang terbaik untuk kami insyaallah jikalau jodoh kami panjang berkemungkinan adalah yang terbaik bagi kami.

"Itu semua Allah Taala punnya kuasa dan rahsia saya tidak tahu. Bagi saya perkara seperti ini melibatkan masa depan serta periuk nasi saya dan saya berharap semua pihak hormati keputusan saya dan mungkin jodoh saya dengan Adam sehingga kini saja," katanya.


alt


Beliau turut menafikan bahawa kenyataan sebelum ini ada menyatakan bahawa beliau dengan Adam bergaduh di stesen minyak adalah salah satu punca penyebab penceraian ini berlaku.

"Saya dengan Adam tidak pernah bergaduh di stesen minyak. Ia tidak berlaku. Saya tidak tahu dari mana datang cerita ini. Ia adalah satu keputusan yang berat kerana saya berada didalam tekanan dengan keadaan ayah saya tidak berapa sihat.

"Saya juga berdoa agar jodoh kami berkekalan tapi akhir kesudahanya adalah seperti ini," ujarnya.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013 dan hanya mampu bertahan selama 7 bulan.

Sebelum mengahwini Adam, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai 4 tahun kemudian.

Dariapda hasil perkhawinan yang terdahulu, Fiza telah dikurniakan 2 cahaya mata iaitu, Aryana Ahmed Farriq, 6, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 5.


Blog, Updated at: 5:50 PM

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.