Peraturan Baru Baucar Buku BB1M Mulai 1 Mei 2014 Peraturan Baru Baucar Buku BB1M Mulai 1 Mei 2014

Peraturan Baru Baucar Buku BB1M Mulai 1 Mei 2014

Oleh

Peraturan baru guna Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) mulai 1 Mei 2014. Kerajaan telah memutuskan bahawa syarat penggunaan BB1M akan diperketatkan mulai tarikh tersebut. Ini berikutan dari penyalahgunaan Baucar Buku seperti penukaran kepada wang tunai dan membeli barangan bukan akademik seperti alat elektronik dan sebagainya. Berikut adalah peraturan baru penggunaan BB1M kepada pelajar dan juga peniaga.


bb1m


Peraturan Baru Baucar Buku BB1M Mulai 1 Mei 2014 (Pelajar)

  • Pelajar hanya boleh membeli buku akademik, ilmiah, jurnal, peralatan tulis dan sebagainya atau berkaitan dengan bidang pengajian.
  • Pelajar tidak boleh menukar baucar kepada wang tunai atau dijual pada pihak ketiga.
  • Pelajar juga tidak boleh memiliki lebih dari 5 keping baucar buku.
  • Penyalahgunaan boleh dikenakan tindakatan undang-undang seksyen 403 kanun keseksaan atas salah guna harga dengan curang.

Peraturan Baru Baucar Buku BB1M Mulai 1 Mei 2014 (Kedai)

  • Mulai 1 Mei 2014, kedai wajib menampal poster " Baucar Buku BB1M Hanya Untuk Buku Akademik dan Peralatan Tulis Sahaja"
  • Tidak menjual bahan bukan akademik kepada pelajar.
  • Peniaga yang gagal mematuhi peraturan akan disenarai hitam dan tidak akan dibenarkan untuk menyertai program baucar buku selama tiga tahun berturut.


Blog, Updated at: 7:34 PM

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.