Untuk pertama kalinya dalam sejarah Microsoft , Bill Gates bukan lagi pemegang saham individu terbesar syarikat Microsoft, dan pegangan pemilikan beliau juga mungkin akan lenyap dalam tempoh empat tahun .
Satu jualan saham yang telah dilakukan pada minggu lepas telah menyebabkan pegangan saham Bill Gates telah berkurangan kepada 330.1 juta saham , meletakkan beliau di tempat kedua di belakang bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, iaitu Steve Ballmer, yang memiliki 333 juta saham.
Ballmer telah bersara pada bulan Februari lalu dan telah diganti oleh Satya Nadella yang dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang baru.
Gates telah menjual 80 juta saham beliau pada setiap tahun sejak 12 tahun yang lalu di bawah pelan jualan yang telah ditetapkan untuk membiayai Bill & Melinda Gates Foundation. Dijangkakan, Gates tidak lagi akan mempunyai sebarang kepentingan dan pegangan saham syarikat Micosoft menjelang pertengahan tahun 2018.
Namun begitu, Bill Gates masih lagi menjadi orang terkaya di dunia dengan kekayaan dianggarkan pada $76 billion , Gates telah berjanji untuk memberikan sebahagian besar daripada kekayaannya untuk tujuan amal. Beliau telah menyumbangkan lebih daripada $ 28 billion kedalam Bill & Melinda Gates Foundation, yang banyak menyumbang kepada kerja-kerja pembasmian polio, malaria, dan penyakit-penyakit berbahaya yang lain.
0 komen:
Post a Comment