Apa itu Program LINUS?
- LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
- LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah
- LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira
- Objektif sub-NKRA Literasi dan Numerasi
berkemampuan .
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada
akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid
bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah
pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai
pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum
khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak
berkeperluan khas
Siapakah Murid Linus?
Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas/kurikulum/di sekolah biasa, tidak dapat mencapai sesuatu objektif pengajaran yang mudah/ objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya pengamatan yang lemah atau rendah.Ciri-ciri murid Linus
- pencapaian pelajaran/akademik berbeza
- pendiam
- tidak aktif
- banyak cakap
- sukar menerima arahan
- tidak dapat berkomunikasi seperti murid biasa
- menyebut huruf yang tidak tepat/bertukartukar
- meninggalkan huruf/suku kata/perkataan semasa
- membaca/menulis
- tulisan terlalu buruk
- kekerapan kesalahan dalam ejaan/tanda bacaan
- huruf terbalik
Kajian menunjukkan murid pintar:
- Kurang tidur semasa kecil
- Lebih cepat bercakap
- Pergerakan yang lebih cepat
- Menangis dengan kuat semasa lahir
- Mempunyai kepekaan yang luar biasa semasa bayi
- Deria yang peka semasa kecil
0 komen:
Post a Comment