Brad Pitt Ditumbuk Peminat Brad Pitt Ditumbuk Peminat

Brad Pitt Ditumbuk Peminat

Oleh

alt

Pelakon Brad Pitt ditumbuk di muka malam kelmarin ketika menandatangani autograf peminatnya pada tayangan perdana filem Maleficent lakonan pasangannya, Angelina Jolie. 
 
Seorang lelaki tiba-tiba melompat melepasi halangan di luar Teater El Capitan dan menyerang aktor itu pada penayangan pertama filem berkenaan, kata anggota polis Los Angeles, Sarjan Leonard Calderon, menurut CNN. 
 
CNN berkata, Pitt atau Jolie tidak terganggu dengan kejadian itu. 
 
Polis menahan suspek yang dikenali sebagai Vitalii Sediuk, 25, menurut Los Angeles Times. 
 
Ia berkata, motif serangan tidak diketahui. Menurut CNN, penyerang boleh didakwa cuba mencederakan.- AFP


Blog, Updated at: 8:30 AM

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.