LOkasi IKAN BAKAR PORT DICKSON LOkasi IKAN BAKAR PORT DICKSON

LOkasi IKAN BAKAR PORT DICKSON

Oleh

Sempena cuti sekolah lepas, MDB telah pergi jalan-jalan area Port Dickson dan Teluk Kemang.Dah lama tak makan ikan bakar best-best ni kan dan juga nak buat review tentang ikan bakar Port Dickson plak kali nih untuk tatapan semua pembaca blog MDB. Kali ni MDB ke medan ikan bakar Majlis Perbandaran Port Dickson... amboi bunyi macam murah je kan, tengok dulu bawah tuh pengalaman MDB.

LOKASI MEDAN IKAN BAKAR MAJLIS PERBANDARAN POSRT DICKSON


map


Kedudukan medan ikan bakar ni  jauh sedikit dari Tiara Beach Resort ,jika anda jenis orang yg sanggup utk jalan-jalan cari makan ..boleh la cuba tempat ini ..dulu tempat ni dipanggil restoran nelayan,terletak di pelabuhan nelayan,berhadapan dgn perumahan kastam.

Sebelum diubahsuai ..TDF dah beberapa kali makan di sini kerana ikan yg segar dan nasi lemak daun pisang yg ummmmmmphh!Cara hendak ke MEDAN IKAN BAKAR ,MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON lebih kurang 20km dari Tiara Beach Resort.


**ikut arrow merah hingga satu simpang yg ada signboard biru Pantai Tg Gemuk atau  signboard Seaview Restaurant ..kalau tak tau leh ler call aku cewahhhhhhh..

**updated : ada signboard arah BANDAR PORTDICKSON ..nampak signboard tu..amik kiri

BEBERAPA KEPING GAMBAR SEKITAR RESTORAN.


DSC06033


DSC06036
Lebih eksklusif..boleh la cuba makan di D'terapung...dikelilingi air 

DSC06037
atau medan selera ..beberapa kedai pilihan yg ada

DSC06043
pilihan ikan yg segar

DSC06046
mesti cuba! nasi lemak daun pisang... kul 9 mlm dah habis 

DSC06047
sambal cicah yg menyelerakan

DSC06048
ikan bakar segar ..ikan siakap..isi lembut gilerrrrrrr...

DSC06049
Harga ikan RM22.50 dan MDB rekeman kan korang makan;
fresh orange 2gelas RM4
kailan ikan masin RM4.50
nasi lemak 3 bungkus  ,RM3
sup daging 1 RM8 >>so-so

utk kesenangan...sila telefon dan tempah sebelum tiba supaya tidak menuggu dengan lama 019-3970249 & 019-6079069.



Selamat bercuti di Port Dickson untuk semua dan jaga lupa tinggalkan sepatah dua kata kat bahagian komen.


Blog, Updated at: 1:03 PM

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.