Cinta sebulan Johan As’ari, Lana Nordin Cinta sebulan Johan As’ari, Lana Nordin

Cinta sebulan Johan As’ari, Lana Nordin

Oleh

HAL yang tak pernah surut tentang dunia hiburan tanah air ialah percintaan sesama artis. Masih saban tahun, kisah cinta sesama artis akan duduk dalam posisi perkara kontroversi.
Dan tahun ini, kisah cinta paling kontroversi tentulah milik pelakon Johan As’ari dan Lana Nordin. Masakan tidak, dalam tempoh tiga hari sahaja berkenalan, Johan yang mula terkenal menerusi drama rantaian Juvana telah melamar Lana untuk menjadi kekasihnya, sekali gus merancang berkahwin pada tahun 2014 yang menjelang esok!

Kisah cinta mereka meleret sensasi apabila timbul dakwaan kononnya ibu Johan tidak merestui cinta 72 jam anaknya dengan Lana yang terkenal dengan imej seksi serta digelar Pamela Anderson Malaysia itu.
Genap sebulan bercinta, Johan kemudian tampil memberitahu dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Lana kerana tiada restu keluarga. Menghangatkan lagi apabila dia juga menyatakan sepanjang intim dengan Lana, dia tidak pernah meletakkan taraf sebagai kekasih, walaupun melamar dan mengajak wanita itu berkahwin. Johan oh Johan!


Blog, Updated at: 1:42 PM

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.