Selangor PKNS tagih sentuhan Nazmi Selangor PKNS tagih sentuhan Nazmi

Selangor PKNS tagih sentuhan Nazmi

Oleh

SENTUHAN ‘arkitek’ muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor amat ditagih pengendali Selangor PKNS, Wan Jamak Wan Hassan bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.
Meskipun dilihat sukar beraksi penuh (sepanjang 90 minit perlawanan) ketika tampil di pentas antarabangsa bersama skuad Harimau Muda A, Wan Jamak percaya Nazmi kini mampu beraksi tanpa dilanda kecederaan kekejangan otot.
Ia dapat dilihat apabila Nazmi tidak dikeluarkan ketika membantu The Red Ant mengatasi Perlis 2-1 dalam satu aksi persahabatan Sabtu lalu.
“Saya percaya Nazmi kini sudah mampu beraksi sehingga 120 minit jika perlawanan dilanjutkan dalam masa tambahan.


“Pengalamannya beraksi dalam kejohanan lebih kompetitif di peringkat antarabangsa juga dilihat mampu membantu Nazmi supaya beraksi penuh dalam satu-satu perlawanan.
“Jadi, Nazmi perlu belajar beraksi sepenuh masa (90 minit) sekali gus membantu meningkatkan corak permainannya supaya lebih matang selepas ini,” kata Wan Jamak kepada Kosmo! kelmarin.
Sebelum ini, Nazmi sering bertindak sebagai ‘supersub’ mahu pun digantikan pemain lain gara-gara mengalami kekejangan otot sepanjang beraksi bersama Harimau Muda A.
Dalam pada itu, Wan Jamak juga enggan mengulas lanjut berhubung masa depan Nazmi biarpun dikatakan bakal dilamar kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.
“Buat masa ini, Nazmi kekal sebagai pemain PKNS jadi saya enggan memikirkan perkara itu,” kata Wan Jamak.
Beliau juga gembira dengan keberkesanan penyudah gandingan penyerang import The Red Ant musim ini, Patrick Wleh Ronaldinho dan Karlo Primorac yang masing-masing mencetak satu gol ketika mengatasi Perlis tempoh hari.
“Masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya hantaran sesama pemain sebelum saingan liga bermula,” kata Wan Jamak.
The Red Ant bakal membuat perhitungan bersama Terengganu di tempat lawan dalam aksi pembuka tirai Liga Super pada 18 Januari depan.
Tugas getir juga menanti skuad kendalian Wan Jamak selepas itu apabila bakal berdepan Johor Darul Takzim dalam saingan Piala FA.


Blog, Updated at: 7:24 PM

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.